SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Wednesday, 15 April 2015

5 GAYA RAMBUT LELAKI PALING MELETOP UNTUK TAHUN 2015

5 GAYA RAMBUT LELAKI PALING MELETOP UNTUK TAHUN 2015


 
1) Bahagian atas yang bertekstur dan bahagian tepi yang agak nipis

Bahagian tepi yang agak nipis ini tidak akan pernah out of style jika anda 
mix ia bersama bahagian rambut atas yang bertekstur.

 

2) Fringe moden

Bahagian tepi yang agak nipis dengan bahagian rambut atas yang agak panjang. 
Gaya rambut ini sesuai buat si lelaki yang bermuka bulat bagi 
menampakkan kesan muka panjang.



3) Panjang yang sederhana

Rambut beralun boleh membuatkan rambut sederhana panjang
 kelihatan bergaya dan klasik. Dan, ia adalah mudah untuk
 mengubahnya dengan menambah produk yang berbeza.



4) Ditarik kebelakang

Boleh dipakai sebagai rupa klasik dengan sedikit panjang
 pada sisi atau lebih hipster mengikut kesukaan anda.



5) Bahagian atas yang panjang

Gaya rambut ini meletop pada tahun 2014, namun 
dijangkakan akan masih meletop pada tahun ini.
 Mungkin boleh digayakan dengan bentuk yang
 berbeza bagi menampakkan rupa lebih menarik.




Sumber: Slikhaar Shop

Resepi Sate Kajang (Sate Ayam)

RESEPI SATE KAJANG (SATE AYAM) 

 





Berikut adalah resepi Sate Kajang/satay Ayam


Bahan Sate Samuri
  • 1 ekor ayam -  dipotong 12
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 sudu teh garam

 Bahan dikisar halus :
  • ½ kg bawang merah
  • 50g jintan manis
  • 30g jintan putih
  • 300g lengkuas
  • 200g halia
  • 50g kunyit 
  • 5 batang serai

Cara masak sate/satay Samuri:
1.Perap ayam bersama bahan yang dikisar  sekitar 6jam.
2.Kemudian bolehlah dibakar hingga masak. Arang mesti 
   dibakar hingga tinggalkan bara sahaja.
3.Gunakan kipas untuk menstabilkan haba apabila membakar sate.
4.Renjiskan air perapan dan minyak dengan serai yang diketuk.
5.Ini dapat melembutkan ayam dan nampak berminyak. 
   Barulah lebih selera nak makan tu.
6.Apabila dah agak kekuningan bolehlah diangkat
7.Hidangkan bersama kuah sate  Haji Samuri dan nasi impit.
Selamat Mencuba!!

12 amalan Pembuka Pintu Rezeki....


Tuesday, 14 April 2015

KHASIAT DAN KELEBIHAN CUKA EPAL MADU

Assalamualaikum
Pernah tak korang mengetahui kelebihan mengambil cuka Epal ini?.. Cuka Epal Atau Apple Cider Vinegar  ini salah satu sumber makanan yang sangat popular di barat.

Apple Cider Vinegar adalah hasil campuran makanan sunnah seperti madu dan epal. Ianya penuh berkhasiat dengan kandungan fosforus, zat besi, chloride, sodium, kalsium, magnesium, silicon dan florid . Selain mengaktifkan proses penghadaman, bahan lecithin yang yang terdapat di dalamnya membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga . Lecithin juga bertindak membantu meningkatkan konsentrasi dan daya ingatan atau memori. Bahan aktif lecithin juga menolong membekalkan nutrien penting kepada folikel rambut sekaligus menyubur dan menguatkan rambut kita.Ia juga bertindak sebagai anti oksidan bagi menghalang proses penuaan kulit akibat pendedahan kepada pancaran UV selain berfungsi mencegah jeragat , binti-bintik hitam dan pelbagai masaalah kulit, terutama muka yang berminyak. Juga amat sesuai untuk badan yang berbau.

Apple Cider Vinegar juga adalah salah satu alternative terbaru bagi membantu menurunkan dan mengawal berat badan dengan lebih mudah, selamat dan berkesan.  Ia mengandungi bahan aktif yang  bertindak degan 3 cara iaitu mengurangkan selera anda untuk makan berlebihan. Menghalang penyerapan lebihan lemak dan minyak dalam tubuh dan membantu melancarkan sistem pelawasan.

Apple Cider Vinegar ini juga dijual bersama campuran madu untuk rasa yang lebih manis kepada sesiapa yang tidak tahan akan rasa masam cuka epal tersebut. Ia juga ditambah dengan kebaikan khasiat dari madu tersebut memberikan satu kelainan buat korang yang mahukan kejelitaan wajah dan tubuh yang kekal berseri dan senantiasa kelihatan menawan.  Ianya dirumus agar kulit kelihatan lebih cantik, sentiasa muda luaran dan dalaman, tanpa mengira usia.
Antara kelebihan Apple Cider Vinegar ini ialah:


DETOX & KURUSKAN BADAN
 

Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung membantu mendapatkan badan yang ideal....
Selain dari itu bahan ini mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga. selain dari itu lecithin juga membantu meningkatkan daya ingatan.

GOUT & ARTHRITIS
Gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.

TEKANAN DARAH

Acetic Asid yang terdapat didalam cuka epal berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi,  menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh menjadikan tekanan darah menjadi normal. 

DIABETES / KENCING MANIS
Apple cider atau cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya mencegah penyakit kencing manis dan arthritis. 

JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK
Meredakan  selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.

KULIT
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit...

BADAN / MULUT BERBAU
Menolong meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk ....juga boleh untuk kaki berbau.

KERACUNAN MAKANAN

Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu  setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea kerana bahan ini mengandungi kadar  pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa.... (anti-diarrhea)

KOLESTROL
Menolong mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida... dengan kata lain mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) .. kolesterol jahat ini menyumbat saluran darah  dan kalau tidak dibakar mengeluarkan sodium berlebihan dari badan (melalui peluh & perkumuhan)

AWET MUDA
Awet muda dan menaikkan seri (kerana tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih, usus bersih menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar. 

CARA PEMAKANAN

Satu sudu Apple Cider Vinegar dicampurkan dengan satu gelas air suam dan diminum sebelum sarapan pagi.
Cuka epal ini juga elok di minum waktu malam sebelum tidur. 

Malah Nabi (saw) sendiri suka kepada khall (cuka yang di proses daripada buah, seperti tamar, epal dss).
Seorang sahabat nabi, Ibn Jabir pernah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw mengajaknya ke rumah baginda. Mereka kemudiannya dijamukan dengan roti.
Kemudian Rasulullah bertanya: "Adakah apa-apa sos perasa (dip)?"
Mereka menjawab: "Tidak, hanya ada cuka."
Nabi berkata: "Cuka adalah sos yang paling baik."
Nabi saw juga pernah meriwayatkan "Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi

Uniform Pramugari Di Seluruh Dunia!

Uniform Pramugari Di Seluruh Dunia Yang Ada Umphh..!!!

Penerbangan merupakan pintu kepada pelancong dan orang dari seluruh dunia datang melawat ke tempat kita.. Di situlah ciri-ciri budaya dan peradaban ditonjolkan menerusi pakaian uniform airline.
Kebiasaannya pasti akan terselit ciri-ciri kebudayaan sesebuah negara itu..Contohnya China akan mengadaptasikan baju cheong sam di dalam rekaan uniform penerbangannya.Jadi jom kita selongkar koleksi rekaan pramugari / pramugara syarikat penerbangan dari seluruh dunia..


The UAE, Emirates Airlines
                             
The UAE, Etihad Airline
                                                            

   Qatar, Qatar Airline
                                                        


Saudi Arabia, Saudi Arabian Airlines
                             

Jordan, Royal Jordanian Airlines   
                                                  


  Turkey, Turk Hava Yollary
                                                      

Bahrain, Gulf Air
                                              


Iran, Iran Air

                                                   

USA, Pan American World Airlines   
                                            


USA, Virgin Atlantic
                                             

 Russia, Aeroflot
                                                     

Kazakhstan, Air Astana
                                             

Belgium, Brussels Airlines 
                                            


Canada, Porter Airlines
                                                  

Brazil, TAM Airlines
                                           


Hungary, Wizz Air
                                       


Latvia, Air Baltic
                                    


The Netherlands, Martinair


France, Air France

Italy, Air Italy
Switzerland, Edelwiess Air



Australia, Qantas Airline

The UK, British Airways

Germany, Lufthansa

Germany, Air Berlin

Bolivia, AeroSur


Malaysia, AirAsia




Malaysia, Malaysia Airlines


Malaysia, Malindo Air

IIndonesia, Garuda Airlines

Brunei, Royal Brunei Airways
Singapore, Singapore Airlines

Vietnam, Vietnam Airlines

China, Sichuan Airlines

China, China Southern Airlines
China, China Airline

Thailand, Thai Airways

Thailand, Bangkok Airways

India, Kingfisher Airlines


The Philippines, Cebu Pacific Air


Japan, All Nippon Airways

Hong Kong, Cathay Pacific


Hong Kong, Hong Kong Airlines
 
South Korea, Korean Air